Lizawati berjaya kerana pengalaman

Lizawati (dua, kanan) bersama suami dan orang kuat WNH.
Lizawati (dua, kanan) bersama suami dan orang kuat WNH.
A
A
A

JEMPOL - Memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk berasaskan kunyit hampir empat tahun lalu, kini Pengasas Wawa Nature Herbs (WNH), Lizawati Raflis, 33, giat mengeluarkan produk makanan berpantang bersesuaian dengan keperluan dan penjagaan kesihatan wanita masa kini.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini pada awalnya memulakan karier sebagai pendidik di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Bahau selama enam tahun sebelum menjalankan perniagaan secara serius.

Lizawati bagaimanapun mengakui masih banyak perkara perlu dipelajari agar produknya kekal mendapat tempat di hati pelanggan dalam tempoh hampir empat tahun ini.

"Saya masih dalam proses belajar dan menambah ilmu dalam dunia perniagaan susulan bagi saya pengalaman berniaga produk kesihatan berasaskan bahan organik dan semula jadi sangat mencabar.

"Pengalaman jatuh bangun semua ada..bahan mentah tidak mencukupi, kakitangan tidak cukup untuk memproses bahan, mesin rosak masa, kakitangan pemasaran pula berhenti kerja. Semuanya sangat mencabar bagi saya dan mematangkan diri dalam menguruskan perniagaan.

"Bagaimana pun, syukur suami, keluarga juga rakan rakan banyak memberi semangat dan sokongan kepada saya untuk terus kekal dalam dunia perniagaan ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai produk baharu, serunding halia keluaran WNH sudah berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu dan makanan ini dikatakan paling sesuai untuk wanita dalam berpantang iaitu selepas bersalin.

Artikel Berkaitan:

Antara sijil yang diperolehi Lizawati sepanjang dia menjalankan perniagaannya.
Antara sijil yang diperolehi Lizawati sepanjang dia menjalankan perniagaannya.

"Kebanyakan orang jarang mengeluarkan produk untuk ibu berpantang, jadi saya cuba mencari idea supaya makanan ini boleh diamalkan ibu berpantang.

"Bahan digunakan juga sangat bagus untuk proses pembuangan angin bagi ibu yang sedang berpantang iaitu halia, bawang putih dan lain-lain lain.

"Secara ringkasnya, halia membantu melancarkan darah dalam memulihkan kesihatan ibu khususnya mengembalikan kesegaran tubuh badan," katanya.

Lizawati berkata, bersesuaian dengan kebaikan halia, beliau jadikan menu utama dalam pemakanan wanita dalam tempoh berpantang.

"Dengan itu WNH mengambil keputusan mengeluarkan produk bermanfaat ini susulan menjadi produk pilihan wanita moden masa kini,mudah dimakan, rasa enak selain mengekalkan keaslian halia yang menjadi menu tradisional perubatan sejak zaman berzaman bagi wanita berpantang," katanya.

Katanya, selain itu juga, produk ini juga bukan tertumpu kepada ibu berpantang sahaja, malah ibu bapa yang meminati ramuan makanan berpantang ini juga boleh dijadikan santapan harian mereka kerana ianya mudah disediakan.

"Sebulan jualan hampir 5,000 bekas untuk serunding halia dan garlic crunchy. Seminggu bahan mentah hampir 50kg untuk halia 50kg untuk bawang putih.

"Syukur jualannya memberangsangkan susulan adanya leader agen di seluruh Malaysia," katanya.

Tambahnya, walaupun terdapat banyak cabaran dalam memastikan perniagaannya sampai ke tahap kini, beliau gembira dapat membantu suri rumah menjana pendapatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!