Pelakon 'Sex And The City' Willie Garson meninggal dunia
PELAKON Willie Garson, 57, yang terkenal dengan watak Stanford Blatch dalam siri drama 'Sex and the City', meninggal dunia pada Selasa.
Berita pemergian Garson itu disahkan ahli keluarga kepada portal hiburan Variety.
Namun punca kematian tidak dinyatakan.
Anak lelaki Garson, Nathen turut mengesahkan berita kematian bapanya itu di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini Willie Garson dilihat sertai rakaman siri drama sampingan 'Sex and the City' bertajuk 'And Just Like That' keluaran HBO bersama pelakon utama, Sarah Jessica Parker.
Penerbit Eksekutif drama itu, Michael Patrick King memberitahu Variety, Garson sering jatuh sakit sepanjang sesi penggambaran dijalankan namun dia nekad untuk terus bekerja.
"Ini merupakan berita yang sangat sedih buat kami," katanya. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pelarian TikTok' beralih kepada Xiaohongshu, Lemon8
14 Januari 2025 04:11pm'Angin syaitan' kembali ancam kebakaran LA
14 Januari 2025 03:30pmPenyiasat AS guna AI kesan penjenayah hingga tersalah tahan individu tidak bersalah
14 Januari 2025 03:07pmPemulihan Los Angeles akibat kebakaran bakal cecah berbilion dolar - Biden
14 Januari 2025 03:07pmDah dapat RM30 juta, mengaumlah!
14 Januari 2025 07:00amLelaki durjana jadikan anak sebagai 'isteri'
14 Januari 2025 08:01amLebih 300 orang terkandas, syarikat gagal terbangkan jemaah umrah
14 Januari 2025 09:11am[VIDEO] SARA disalurkan melalui MyKad mulai esok
14 Januari 2025 10:28am