Masjid Mukim Lundang terima beras lucut hak Kastam

Yusri (kanan) menerima simbolik penyerahan beras dari Mohd Rakbi di sini pada Rabu.
Yusri (kanan) menerima simbolik penyerahan beras dari Mohd Rakbi di sini pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU – Sebanyak 200 kampit beras lucut hak diterima Masjid Mukim Lundang di sini untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan ibu tunggal di kawasan berkenaan.

Imam Tua Masjid Mukim Lundang, Muhammad Yusri Mat Ghani berkata, aktiviti pemberian beras dan barangan dapur menjadi kelaziman masjid berkenaan sejak awal tahun lalu dan sumbangan diterima terdiri daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

“Pada awalnya ada pihak datang bagi beras pada kita tahun lepas untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Selepas itu, program agihan beras ini dilaksanakan secara berterusan sehingga ke hari ini.

“Alhamdulilah, dengan adanya sumbangan beras ini, dapatlah kita ringankan beban mereka yang memerlukan. Tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini ramai yang hilang kerja dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian disini pada Rabu.

Agihan beras akan dilakukan pihak masjid hampir setiap minggu bagi membantu mereka yang memerlukan.
Agihan beras akan dilakukan pihak masjid hampir setiap minggu bagi membantu mereka yang memerlukan.

Muhammad Yusri sebelum itu menerima sumbangan beras berkenaan daripada Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Mohd Rakbi Mat Saud yang turun padang menyampaikan beras berkenaan di masjid tersebut.

Muhammad Yusri memberitahu, ahli jawatankuasa masjid akan menghubungi ibu tunggal dan golongan asnaf berkenaan untuk datang mengambil sumbangan masing-masing.

Katanya, mereka juga mempunyai melibatkan kumpulan penerima sumbangan tersebut, selain turut diagihkan kepada mereka yang tidak berada dalam senarai.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian difahamkan beras berkenaan adalah beras lucut hak dari JKDM Kelantan untuk disumbangkan melalui program Khidmat Sosial Masyarakat (CSR) agensi itu.

Selain Masjid Mukim Lundang, sebuah lagi masjid di Binjai difahamkan turut menerima sumbangan yang sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!