Pengusaha food truck kena kursus dengan bomba

MOHAMAD HAMDAN
MOHAMAD HAMDAN
A
A
A

"Sebelum pembuat trak bergerak berkenaan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkenaan diminta merujuk kepada bomba terlebih dahulu bagi memastikan memenuhi tujuh aspek dalam garis panduan untuk kelulusan keselamatan kebakaran kepada trak bergerak," - Ketua Pengarah Bomba

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memulakan pelaksanaan kursus keselamatan kebakaran kepada pengusaha food truck (menjual makanan dari trak) atau trak bergerak di Malaysia bermula pertengahan tahun ini.

Ia dilakukan susulan pendedahan mendakwa lebih 90 peratus food truck di negara ini mempunyai risiko membahayakan nyawa kerana tidak mengikut pelan teknikal ditetapkan JBPM.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, langkah berkenaan ternyata lebih baik sebelum penguatkuasaan diambil ke atas trak bergerak yang tidak mematuhi garis panduan keselamatan kebakaran yang bakal diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan mana-mana badan atau persatuan trak bergerak untuk terus merujuk kepada jabatan berkenaan sebagai langkah pertama dalam isu membabitkan keselamatan kebakaran operasi trak bergerak.

"Trak bergerak di negara ini ada aktiviti memasak dan kebanyakannya dalam bentuk bergoreng. Kalau guna kaedah 'deep fried', minyak digunakan dalam kuantiti tertentu. Pada masa aktiviti memasak berjalan, sistem penyaluran gas untuk memasak itu berlaku.

"Dalam masa sama, trak bergerak itu sendiri ada generator. Maka ada elemen yang menjadi satu ancaman bahaya kebakaran dan letupan boleh berlaku," jelasnya.

Pengusaha truck bergerak perlu mengetahui risiko berlakunya kebakaran dalam perniagaan berkenaan, mengira risiko dan mengawal kejadian sekiranya berlaku insiden tidak diingini.- Gambar hiasan
Pengusaha truck bergerak perlu mengetahui risiko berlakunya kebakaran dalam perniagaan berkenaan, mengira risiko dan mengawal kejadian sekiranya berlaku insiden tidak diingini.- Gambar hiasan



Mohamad Hamdan berkata, oleh itu kesemua pengusaha trak bergerak perlu mengetahui risiko berlakunya kebakaran dalam perniagaan berkenaan, mengira risiko dan mengawal kejadian sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

"Ini hanya boleh didapati melalui kursus kita anjurkan. Sebelum ini, kita memang tiada kursus khas buat pengusaha trak bergerak tapi kita ada program dinamakan keselamatan di dapur buat suri rumah, tukang masak hotel dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin orang yang mengusahakan trak bergerak yang sebelum ini suri rumah atau bekerja di dapur hotel ada mengikuti kursus ini tetapi bukan khusus bagi pengusaha trak bergerak," katanya.

Menurutnya, dari segi pengeluaran trak bergerak berkenaan ada dua pembuat trak bergerak di Sabah dan Kuala Lumpur yang telah dilantik PBT untuk membina trak bergerak merujuk garis panduan JBPM.

"Di negara ini sebenarnya banyak pengeluar trak bergerak, namun hanya dua pengeluar yang mengambil inisiatif mematuhi garis panduan yang JBPM keluarkan kira-kira dua tahun lalu," katanya.

Operasi food truck di negara ini sememangnya mendapat sambutan daripada orang ramai- Gambar hiasan
Operasi food truck di negara ini sememangnya mendapat sambutan daripada orang ramai- Gambar hiasan

Beliau berkata, sebelum pembuat trak bergerak berkenaan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkenaan diminta merujuk kepada bomba terlebih dahulu bagi memastikan memenuhi tujuh aspek dalam garis panduan untuk kelulusan keselamatan kebakaran kepada trak bergerak.

Menurutnya, selain kursus khas buat meningkatkan kesedaran pengusaha trak bergerak mengenai bahaya kebakaran dan juga garis panduan kelulusan keselamatan kebakaran kepada trak berkenaan, lokasi operasi juga perlu diberi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha food truck abai keselamatan pengguna?

ARTIKEL BERKAITAN: Kelab food truck sedia jumpa bomba

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan bebankan pengusaha food truck

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan perlu kaji secara logik isu food truck

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!