Covid-19: Lebih banyak hospital medan sedia dibina

Kementerian Pertahanan bersedia membina lebih banyak hospital medan di negara ini.
Kementerian Pertahanan bersedia membina lebih banyak hospital medan di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan bersedia membina lebih banyak hospital medan di negara ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurutnya, komitmen tersebut kini hanya bergantung kepada persetujuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Buat masa ini sememangnya kaedah pembinaan hospital medan dibuat secara hibrid melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KKM.

"Setakat ini, sebanyak lapan buah hospital medan ATM telah didirikan seluruh negara.

"Semalam (Selasa), saya terima permintaan daripada kerajaan negeri Kedah untuk membina satu lagi hospital medan untuk ATM di Kedah. Namun ia bergantung kepada persetujuan KKM kerana ATM sentiasa siap sedia untuk melaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan arahan KKM,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Hishammuddin turut menyentuh aspek keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan selepas ibu kota Indonesia dipindah ke Kalimantan.

Ujarnya, ATM sedang melaksanakan pembinaan empat pos iaitu di Kuching, bahagian Serian, pos Batu Kaya di bahagian Sri Aman dan pos Tapak Megah di Kapit.

"Pembinaan pos imbangan ini dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2022, manakala sehingga kini seramai 495 anggota telah diatur gerak dalam penugasan operasi teras di perbatasan Sarawak bertujuan membanteras segala aktiviti pencerobohan dan penyusupan menerusi kawalan rapi di sempadan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, ATM juga sedang merancang membina 10 lagi pos imbangan di sempadan Kalimantan-Sarawak pada 2022 bagi mengimbangi pos-pos kawalan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!