Mangsa pencemaran sisa kimia masih trauma

Rozina dan Abd Rahim melihat keadaan anak sungai berdekatan rumahnya selepas seminggu insiden pencemaran sisa kimia di Kampung Baru Seelong Kempas, Johor Bahru.
Rozina dan Abd Rahim melihat keadaan anak sungai berdekatan rumahnya selepas seminggu insiden pencemaran sisa kimia di Kampung Baru Seelong Kempas, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa pencemaran di Kampung Baru Sri Aman, Seelong Kempas di sini masih trauma dengan tragedi pencemaran pembuangan sisa kimia industri terjadual berbahaya yang berlaku minggu lalu.

Rozina Ahmad, 46, berkata, lidahnya masih berasa pedar atau kebas terutama ketika minum dan makan selain sukar untuk bernafas serta cepat kepenatan.

Menurutnya, dia dan kakaknya, Zalina, 49, antara empat mangsa yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah ( HSA) Johor Bahru selepas mengalami sesak nafas dan pengsan akibat terhidu bau sisa kimia daripada anak sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

"Selepas seminggu tragedi pencemaran sisa kimia itu berlaku saya masih tidak selesa ketika minum dan makan selain rasa sesak nafas dan cepat penat.

Rozina menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Jumaat berhubung pencemaran sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong Kempas Johor Bahru.
Rozina menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Jumaat berhubung pencemaran sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong Kempas Johor Bahru.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kempas berhubung kejadian ini pada Jumaat lalu bertujuan melindungi keselamatan keluarga memandangkan kejadian ini sudah memberi kesan kepada kesihatan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Khamis.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, keadaan pencemaran udara sudah beransur pulih, namun bau sisa kimia masih dapat dihidu terutama selepas hujan selain terdapat tompokan kecil minyak dipercayai sisa kimia di dalam tali air.

"Sebelum ini setiap pagi saya dapat dengar burung berkicau dan ada monyet bergayut di pokok di kawasan kebun di sebelah rumah. Tetapi sekarang tiada lagi bunyi kicauan burung dan monyet juga tidak kelihatan sejak insiden pencemaran sisa kimia itu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dulu boleh lagi duduk di luar rumah tetapi sekarang, kami tidak berani untuk berbuat demikian. Hendak keluar ke kebun di sebelah rumah pun rasa bimbang," katanya.

Dalam pada itu, Rozina berkata, dia dan suaminya, Abd Rahim Md Taib, 47, akan meneruskan usaha untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden pencemaran itu.

"Tindakan undang-undang tetap akan dilaksanakan cuma kami sekeluarga tunggu dulu sehingga mereka yang melakukan pencemaran sisa kimia itu didakwa di mahkamah.

"Saya sekeluarga tidak mahu kejadian pencemaran sisa kimia berulang, cukuplah apa yang terjadi di Kampung Baru Sri Aman menjadi pengajaran kepada semua pihak," katanya.

Abd Rahim menunjukkan anak sungai berdekatan rumahnya selepas seminggu insiden pencemaran bahan sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong Kempas Johor Bahru.
Abd Rahim menunjukkan anak sungai berdekatan rumahnya selepas seminggu insiden pencemaran bahan sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong Kempas Johor Bahru.

Pada 14 September lalu, empat penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong dilaporkan pengsan selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia daripada sungai berhampiran kampung itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, empat wanita berusia antara 22 hingga 49 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Susulan itu, arahan pengosongan kampung dibuat dengan 102 penduduk dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru, sebelum mereka dibenarkan kembali ke rumah masing-masing, sehari selepas kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bau busuk di Seelong dipercayai akibat pembuangan bahan kimia

Pencemaran: Mangsa cadang ambil tindakan undang-undang

Pembuangan sisa terjadual: Suspek dilepas dengan jaminan polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!