Penduduk gempar fenomena ikan bilis penuhi kawasan pantai
SATU fenomena dipercayai melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, baru-baru ini mendapat liputan meluas dalam media tempatan Indonesia.
Kejadian itu mula tular setelah dimuat naik di laman Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan pada Selasa.
Dalam video yang segera tersebar dalam pelbagai saluran media sosial itu menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan yang menggunakan jaring, sauk dan pelbagai perkakasan lain untuk menangkap ribuan ikan bilis bersaiz besar berkenaan.
Turut kedengaran penduduk tempatan berkata: “Ini di lagun selatan, tak perlu jauh-jauh... Teri (ikan bilis), bro...'
Ramai penduduk berdekatan pantai mengambil kesempatan itu untuk menangkap ikan bilis yang banyak terperangkap di sudut batu pantai dan di gigi air.
Sementara itu, ramai yang menganggap fenomena yang jarang terjadi itu suatu bentuk rezeki untuk dibawa pulang ke rumah, ada juga yang bimbang sekiranya ia merupakan petanda awal tentang kemungkinan bencana alam yang datang dari laut.
Agensi Dislautkan menyifatkan terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis di kawasan perairan berkenaan berperilaku pelik iaitu: perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga dan plankton serta arus dan gelombang yang tinggi, lapor portal suara.com - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
22 November 2024 12:41pmKebocoran gas paksa 150 orang dipindahkan di Prague
22 November 2024 11:07amEropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
22 November 2024 09:00amKontroversi 'lelaki bertelekung' tunai umrah
22 November 2024 08:10amAmerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
22 November 2024 08:00am40 mangsa termasuk 21 kanak-kanak terperangkap kepala air
21 November 2024 06:45pm3 beranak maut, bayi parah dalam kemalangan
21 November 2024 08:23pmLapan maut MPV dinaiki bertembung pacuan empat roda
21 November 2024 09:56pmICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant
21 November 2024 09:09pm