Mayat wanita warga emas ditemukan tepi pantai
JOHOR BAHRU - Mayat wanita warga emas ditemukan di tepi pantai di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang di sini pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazli Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 11.27 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mangsa dikenali sebagai Tham Foong Seong@Ng Siew Leng, 74. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi tamat pada jam 12.23 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!