KDN beri jaminan percepat siasatan kes pegawai SPRM seleweng
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempercepatkan siasatan kes kecurian melibatkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PDRM telah menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung kes kecurian itu yang didakwa membabitkan wang tunai sejumlah RM25 juta.
“KDN memberi jaminan bahawa sebarang laporan polis yang diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.
“Saya telah berbincang dengan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM untuk memastikan kes ini dipercepatkan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
“Kerajaan ini adalah kerajaan yang mengekalkan sikap mereka yang benar-benar berintegriti dan insya-ALLAH perkara ini kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
ARTIKEL BERKAITAN: SPRM sahkan penahanan tiga pegawai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!