Berhati-hati di musim panas

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Tiada kes masalah kesihatan dilaporkan di hospital kerajaan di negeri ini sepanjang fenomena cuaca panas melanda Semenanjung Malaysia sejak 25 Februari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, (JKNP) Dr Shaari Ngadiman berkata, bagaimanapun beliau menyarankan orang ramai untuk terus berwaspada dengan mengambil langkah-langkah penjagaan.

Menurutnya orang ramai yang mengalami masalah kesihatan diminta segera mendapatkan rawatan doktor.

“Mereka yang mempunyai tanda-tanda masalah kesihatan berhubung cuaca panas hendaklah segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan penyakit bertambah teruk.

“Sebaiknya amalkan meminum air masak dengan kuantiti secukupnya. Pastikan anak-anak kita juga meminum air masak yang diperlukan tubuh mereka serta dilindungi daripada bahang haba,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dr Shaari turut menasihatkan orang ramai mengehadkan aktiviti di luar yang mendedahkan diri dengan cuaca dan haba panas.

Terdahulu dilaporkan cuaca panas yang melanda Semenanjung Malaysia kini dijangka berterusan sehingga penghujung Mac depan.

Fenomena itu berlaku disebabkan ketika ini berada di fasa akhir monsun Timur Laut yang mencatatkan kenaikan suhu antara 35 hingga 37 darjah celcius berbanding 32 hingga 34 pada musim biasa.

Artikel Berkaitan:

Taburan hujan juga dilaporkan rendah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!