Bentang secepat mungkin RUU Anti-Gangguan Seksual: Rina
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memastikan Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin bagi menangani isu-isu berkaitan gangguan seksual.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, bagaimanapun proses ketekunan wajar perlu dilaksanakan dengan teliti dan sememangnya memakan masa.
Beliau berkata, pada masa ini proses semakan, penambahbaikan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang giat dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibentang di Dewan Rakyat.
"Terdapat lagi beberapa isu yang dibangkitkan yang memerlukan penelitian mendalam, antaranya elemen pencegahan dan elemen tanggungjawab sosial untuk memastikan pencegahan gangguan seksual dilaksanakan di organisasi berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata, turut diberi perhatian adalah elemen keselamatan terhadap mangsa yang membuat
Rina berkata, kementerian juga mengambil kira pelbagai bentuk gangguan seksual yang boleh berlaku melalui pelbagai medium komunikasi termasuk secara dalam talian dan siber, yang ketika ini ditangani melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).
Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual digubal untuk menambah baik sistem keadilan sedia ada menerusi penubuhan tribunal khusus bagi mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat menggunakan standard pembuktian imbangan kebarangkalian dan pemberian pampasan atau ganti rugi kepada mangsa, katanya.
Beliau berkata, draf Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual yang digubal secara kolektif menerusi sebuah pasukan projek khas berhasrat menangani isu-isu gangguan seksual termasuk standard pembuktian yang tinggi. - Bernama
TAG: RUU AGS, Datuk Seri Rina Mohd Harun, gangguan seksual secara maya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!