Mayat pemuda lemas di Sungai Balak ditemukan
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Sunny Dell Ashraff Sa'ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam ini.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, lelaki itu dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dikhuatiri lemas mandi di Sungai Balak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!