Kim Kardashian West pun kena psoriasis
PERSONALITI terkenal Amerika, ahli perniagaan, sosialit, dan model, Kim Kardashian West juga tidak dapat lari daripada penyakit psoriasis.
Biarpun pada asalnya 'musibah' penyakitnya itu hendak disorokkan, namun akhir-akhir ini beliau sering bercakap mengenai keadaan kulitnya, malah bintang realiti ini baru-baru ini berminat untuk memulakan ubat.
Dia turut meminta pendapat pengikutnya untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.
ANEKDOT
Psoriasis adalah penyakit sistem imun yang kerap menghasilkan patokan berwarna merah, bersisik pada kulit. Walaupun tiada ubat, terdapat rawatan yang disyorkan.
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Sel ini berkumpul, nipis, bersisik dan kemerah merahan pada permukaan kulit.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah:
- Keguguran sisik pada kulit - Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. - Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza.
Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok.
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis. - Lampin psoriasis. - Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan - Bagi pesakit psoriasis, penghasilan sel kulit baru adalah cepat.
Rawatan psoriasis termasuk:
- Topikal – Psoriasis sederhana
- Terapi foto (selalunya ultra violet) – Psoriasis sederhana dan teruk. - Sistemik (suntikan atau penanaman) – Psoriasis sederhana dan teruk. - Penghasilan secara berlebihan pengutus sel TNF (tumor necrosis factor) dipercayai sebagai penyebab terhasilnya psoriasis. Rawatan sistemik baru boleh meneutralkan TNF berlebihan pada tubuh badan dan seterusnya membaiki simptom psoriasis.
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
Sumber:http://www.myhealth.gov.my/
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!