Chelsea lepasi halangan Aston Villa di Stamford Bridge

Werner meraikan jaringan pendahuluan Chelsea ketika melayan kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge. - Foto Chelsea FC
Werner meraikan jaringan pendahuluan Chelsea ketika melayan kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge. - Foto Chelsea FC
A
A
A

TONGGAK Chelsea, Timo Werner meledak gol pertama musim ini ketika membantu The Blues melepasi Aston Villa, 3-2 selepas terikat 1-1 dalam perlawanan Piala Liga di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel yang melakukan 10 pertukaran untuk perlawanan itu menyaksikan pemain Jerman tersebut memanfaatkan peluang pada minit ke-54 apabila menyudahkan hantaran Reece James untuk menewaskan penjaga gol Villa, Jed Steer.

Werner berpeluang melebarkan kedudukan tuan rumah 2-0 selepas itu, namun percubaannya tersasar sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi produk remaja Cameron Archer yang memanfaatkan hantaran Matty Cash pada minit ke 64 bagi mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Pada penentuan penalti itu, penyerang sensasi Chelsea, Romelu Lukaku meletakkan The Blues di depan, manakala Marvelous Nakamba dan Ashley Young gagal menyempurnakannya untuk pelawat biarpun sepakan Ben Chilwell menyinggah ke palang gol pelawat.

James yang mengambil sepakan penalti seterusnya tidak melakukan kesilapan apabila memastikan The Blues menempah slot ke pusingan keempat menentang Southampton.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!