Sindiket lombong bitcoin curi elektrik lebih RM24 juta tumpas

Arjunaidi (dua dari kiri) menunjukkan antara peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.
Arjunaidi (dua dari kiri) menunjukkan antara peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan sindiket perlombongan bitcoin yang menjalankan operasi dengan cara mencuri elektrik melebihi RM24 juta sejak setahun lalu berjaya ditumpaskan apabila polis menyerbu premis-premis berkaitan di beberapa daerah di negeri ini pada Selasa.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas sebanyak 2,137 unit mesin perlombongan bitcoin yang dianggarkan bernilai RM1.28 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan berkenaan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama TNB bagi membanteras kegiatan mencuri elektrik serta pengubahsuaian pemasangan elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin.

"Seramai sembilan individu warga tempatan dipercayai bekerja sebagai juruteknik elektrik berumur antara 18 tahun hingga 27 tahun telah ditahan.

"Kesemua suspek ditahan menerusi 30 serbuan yang dijalankan di lapan daerah di negeri ini," katanya ketika sidang akhbar di IPK Selangor di sini pada Khamis.

Jelasnya, pelbagai barangan dan alatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram turut dirampas.

"Antara dirampas adalah 2,137 unit mesin perlombongan bitcoin, 10 unit komputer riba, lima set komputer dan enam unit grafik kad 'mining ethereum'," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan dan risikan mendapati aktiviti ini telah berjalan selama 12 bulan mulai September tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Arjunaidi ketika sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen(IPK) Selangor pada Khamis.
Arjunaidi ketika sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen(IPK) Selangor pada Khamis.

"Nilai kerugian TNB akibat aktiviti kecurian elektrik bernilai RM24.36 juta.

"Secara keseluruhan, nilai mesin yang dirampas dan nilai penggunaan elektrik berjumlah RM25.64 juta," katanya.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan bagi mengesan dalang sindiket sehingga boleh menjalankan aktiviti dalam skala besar di negeri ini.

"Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor telah melakukan risikan terhadap sindiket ini sejak Jun 2021.

"Hasil risikan dan siasatan dan kerjasama bersama pihak TNB sekali gus berjaya mengesan aktiviti perlombongan bitcoin secara haram ini," katanya.

Jelasnya, sembilan suspek yang ditahan telah direman antara dua hingga empat hari.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!