Semua kena bersabar dengan Ndombele, Tottenham

Tanguy Ndombele
Tanguy Ndombele
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo meminta Tanguy Ndombele diberikan masa untuk menyerlah bersama The Spurs setelah menewaskan Wolverhampton 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi Piala Liga.

Menurut Espirito Santo, pemain tengah Perancis tersebut memerlukan masa untuk mendapatkan semula momentum keyakinan dalam diri selepas perlawanan tersebut.

“Secara jujur seboleh-bolehnya kita cuba elak membuat analisis individu dalam perlawanan menentang Wolves. Biarlah saya, barisan kejurulatihan yang mengendalikan perkara ini.

“Saya percaya Tottenham perlu mengambil sedikit masa untuk bersabar dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan prestasi Ndombele yang merupakan perlawanan ketiganya bersama kelab musim ini.

“Sebenarnya dalam isu ini bukan sahaja perlu bersabar dengan prestasi semasa Ndombele, tetapi juga dalam kalangan pemain Tottenham lain kerana saingan perlawanan baru bermula dan saya percaya kita perlu bersabar dengan proses masa dalam usaha mencipta keputusan positif,” katanya sebagai respon kepada gol kedua tuan rumah.

Perlawanan di Stadium Molineux laman keramat Wolves itu menyaksikan pelawat terlebih dulu selesa di depan menerusi jaringan Ndombele pada minit ke-14 sebelum Kapten Tottenham, Harry Kane melebarkan kedudukan 2-0 pada minit ke-23.

Tuan rumah yang tidak berputus asa kembali bangkit mengurangkan defisit menerusi Leander Dendoncker pada minit ke-38 sebelum gol Daniel Podence minit ke-58 yang berpunca kealpaan Ndombele mengikat kedudukan 2-2.

Espirito Santo turut menyamakan situasi sama di Tottenham turut melanda Kane yang masih berdepan kemarau jaringan bersama kelab London tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya persiapan untuk Tottenham bagi saingan musim ini baru sahaja mencapai tahap 65 ke 70 peratus sesi latihan malah terdapat juga pemain yang berada pada tahap 15 peratus sesi latihan.

“Jadi sehingga kami dapat mengimbangi semuanya, kesabaran dalam mendepani perkara ini amatlah diperlukan bagi membolehkan semua pemain-pemain kembali semula ke tahap kecergasan terbaik masing-masing,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!