Skim perlindungan kesihatan mySalam PH beri takaful percuma
KERAJAAN Pakatan Harapan di bawah manifesto kesihatan rakyat sudah buka pendaftaran perlindungan khas kesihatan, mySalam.
Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.
Program ini khusus buat isi rumah berpendapatan kurang dari RM3,860.
Senarai 36 penyakit kritikal yang mendapat perlindungan:
1 Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2 Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3 Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4 Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
5 Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6 Pembedahan Otak
7 Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8 Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
9 Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10 Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11 Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12 Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13 Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14 Kegagalan Hati Tahap Akhir
15 Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16 AIDS Dengan Gejala Penuh
17 Hepatitis Viral Fulminan
18 Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
19 Pembedahan Injap Jantung
20 Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21 Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22 Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23 Hilang Keupayaan Bertutur
24 Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25 Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26 Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27 Sklerosis Multipel
28 Distrofi Otot
29 Kelumpuhan Anggota
30 Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31 Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
32 Penyakit Arteri Koronari Serius
33 Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34 Pembedahan Aorta
35 Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36 Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
TALIAN BANTUAN
Telefon: 1-300-88-8938
Email: mysalam@greateasterntakaful.com
Sumber: https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!