'Ingatkan monyet curi telur ayam'

Ular tedung selar menyorok dalam tempayan sebelum berjaya ditangkap. Ular tedung selar sepanjang tiga meter berjaya ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ular tedung selar menyorok dalam tempayan sebelum berjaya ditangkap. Ular tedung selar sepanjang tiga meter berjaya ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki cemas melihat ular tedung selar sepanjang tiga meter di hadapan reban ayam berhampiran rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal di sini pada Rabu.

Pada jam 3.40 petang, remaja berusia 15 tahun berkenaan menyedari kehadiran ular itu yang pada awalnya disangka monyet mahu mencuri telur ayam dalam stor berhampiran reban berkenaan.

Bapanya, Mohd Hazhar Mohd Hasnan, 44, berkata, anak lelakinya itu terus menghubunginya yang ketika itu sedang bekerja.

"Suara anak saya begitu cemas dan saya terus balik ke rumah untuk melihat situasi tersebut.

"Kebiasaannya monyet yang datang ke rumah saya untuk mencuri telur ayam dalam stor, tetapi rupanya kali ini ular," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.59 petang.

Menurutnya, sebaik tiba ular tersebut telah menyusup dan menyorok dalam tempayan di kawasan berhampiran sebelum ditangkap.

"Pasukan kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkapnya. Ular berkenaan mungkin dari kawasan hutan berdekatan yang keluar untuk mencari makanan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!