Bunga Raya guna acuan All Blacks

IMBAS KEMBALI... So'oialo ketika menentang Wales dalam Kejuaraan Cabaran Invesco di Stadium Millennium, Cardiff, pada November 2008. FOTO: AFP
IMBAS KEMBALI... So'oialo ketika menentang Wales dalam Kejuaraan Cabaran Invesco di Stadium Millennium, Cardiff, pada November 2008. FOTO: AFP
A
A
A

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memilih legenda ragbi New Zealand, Rodney So'oialo untuk mengemudi skuad ragbi 15 sebelah negara bagi menghadapi kempen Kejohanan Ragbi Asia 2021.

Menurut KRM, pemilihan bekas kapten All Blacks menggantikan pengendali Bradley Moni Mika sebelum ini adalah bagi persediaan kejuaraan yang bermula penghujung Januari tahun depan.

"Keputusan lantikan jawatan ketua jurulatih ini diputuskan oleh Exco KRM setelah Lembaga Kejurulatihan KRM membuat penilaian ke atas calon-calon yang telah disenarai pendekkan.

"Rodney Soi’oialo yang berusia 42 tahun dilahirkan pada 3 Oktober 1979 di Motootua merupakan bekas kapten skuad New Zealand 15 sebelah bagi 2002 sehingga 2009, telah mengumpul sebanyak 62 cap penampilan bersama All Blacks.

"Antara kejuaraan utama bersama All Blacks adalah di Piala Dunia 7 Sebelah 2001 yang menyaksikan New Zealand muncul juara, pingat emas di Sukan Komanwel 2002 dan beraksi di pentas Ragbi Piala Dunia 15 Sebelah pada 2003 dan 2007," kata KRM dalam kenyataan pada Khamis.

So'oialo setelah menamatkan karier sebagai seorang pemain mula berkecimpung dalam bidang kejurulatihan bersama kelab ragbi ternama seperti Honda Heat, Japan (2011-2012), Wellington Lions (2016- 2017), Verona Rugby Club, Itali (2018-2019), Tawa Rugby (2020).

Beliau juga merupakan tenaga pengajar di International Rugby Academy of New Zealand (IRANZ) dan pernah dilantik sebagai panel pemilihan pemain bagi skuad ragbi All Blacks pada 2020.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!