Pemandu lori terbabas miliki rekod jenayah, dadah

Video berdurasi 2.54 minit yang tular ini memaparkan pemandu lori yang hilang kawalan di NKVE.
Video berdurasi 2.54 minit yang tular ini memaparkan pemandu lori yang hilang kawalan di NKVE.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemandu lori yang terbabas di kilometer 10.9 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akibat terlelap pada Khamis didapati mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan pemilikan dadah.

Klip video kemalangan berdurasi dua minit 54 saat dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian turut tular di media sosial sejak Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek kini direman bermula Jumaat sehingga Ahad.

"Semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah, satu rekod kesalahan memiliki dadah dan pernah empat kali gagal ujian air kencing.

"Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan tempoh reman selama tiga hari untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Jumaat turut melaporkan berkenaan seorang pemandu lori terbabas yang merupakan lelaki tempatan dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun dipercayai terlelap sebelum hilang kawalan mengakibatkan sebuah motosikal yang gagal mengelak turut terlibat dalam kemalangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!