AS lulus peruntukan RM4.8 bilion untuk Iron Dome Israel
WASHINGTON - Wakil-wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) di Dewan Perwakilan AS pada meluluskan sebanyak AS$1 bilion (RM4.18 bilion) kepada Israel sebagai peruntukan tambahan untuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome milik Israel.
Peruntukan yang diberikan kepada rejim Zionis itu adalah dalam bentuk wang tunai diluluskan dengan keputusan undian 490 menyokong dan sembilan lagi menentang.
Bagaimanapun, ia perlu mendapatkan kelulusan daripada Dewan Senat sebelum wang tunai itu diserahkan kepada Israel.
Namun, adalah dijangkakan Dewan Senat akan mengundi untuk meluluskan peruntukan itu dengan mudah.
Kelulusan itu diberikan selepas berlaku perbahasan hangat tentang sokongan AS terhadap Israel dan peningkatan suara bernada progresif berhubung bantuan Washington ke atas rejim Zionis yang mempunyai rekod buruk hak asasi manusia.
Para penyokong peruntukan itu menyatakan ia akan mengisi bateri Iron Dome kerana sistem pertahanan tersebut digunakan dalam pertempurannya dengan Hamas pada Mei lalu.
Menurut Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi, bantuan kepada Israel adalah penting kerana keselamatannya amat penting untuk keselamatan Amerika.
Bagaimanapun, dua anggota wanita Dewan Perwakilan itu, Rashida Tlaib dan Ilhan Omarmembuat ciapan di Twitter bagi menyatakan pendapat mereka yang menentang peruntukan tersebut berdasarkan kepada keganasan Israel terhadap penduduk Palestin dan penambahan penempatan haram Yahudi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!