Isu gangguan bekalan air di WP tidak berulang selepas beralih fasa 2

Jalaluddin (tengah) ketika sidang akhbar pada program berkenaan pada Jumaat.
Jalaluddin (tengah) ketika sidang akhbar pada program berkenaan pada Jumaat.
A
A
A

JELEBU - Isu gangguan bekalan air di seluruh Wilayah Persekutuan diharap tidak berulang apabila Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksana khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur berubah ke fasa dua.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, fasa itu membolehkan aktiviti ekonomi mula dibuka secara berperingkat dan keperluan asas seperti air dan elektrik tidak terganggu bagi melancarkan pengoperasian sektor tersebut.

"Saya melihat keperluan ini sebagai suatu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak bagi memastikan ekonomi rakyat dan rutin harian tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas selesai program MAFI Prihatin dan Penyerahan Benih Buah - Buahan Tempatan di Stesen MARDI Jelebu pada Jumaat.

Jalaluddin (tiga dari kanan), Ahmad (empat kanan) ketika selesai program berkenaan pada Jumaat.
Jalaluddin (tiga dari kanan), Ahmad (empat kanan) ketika selesai program berkenaan pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pertang, Noor Azmi Yusof dan ADUN Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Menurutnya, Ogos lalu hampir seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan mengalami gangguan bekalan air kerana terdapat masalah pengoperasian di Loji Rawatan Air Jalan Kolam.

Artikel Berkaitan:

"Awal September lalu, sejumlah 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual sejak 12 tengah hari termasuk 23 kawasan dalam Putrajaya membabitkan Presint 1 hingga Presint 20 ekoran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih perlu dihentikan tugas akibat pencemaran bau seakan-akan bahan tercemar kimia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!