India catat 31,382 kes baharu Covid-19
NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 33,594,803 pada Jumaat, berikutan 31,382 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua, memetik data terkini kementerian kesihatan.
Selain itu, 318 kematian akibat virus itu dilaporkan sejak Khamis pagi, menjadikan jumlah kematian sebanyak 446,368.
Sejumlah besar kes dan kematian baharu, masing-masing 19,682 dan 152, dilaporkan di Kerala.
Sementara itu masih terdapat 300,162 kes Covid-19 aktif di negara ini meskipun berlaku penurunan sebanyak 1,478 kes aktif dalam tempoh 24 jam.
Selain itu dalam tempoh yang sama sejumlah 32,848,273 pesakit telah sembuh dengan 32,542 dibenarkan keluar hospital. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!