'Dedahkan pengundi muda dengan ekosistem politik wang'

Tangkap layar seminar Money Politics: Financing Free and Fair Election yang bertajuk Political Financing and The Vote: What Do Young Voters Want? secara maya pada Jumaat.
Tangkap layar seminar Money Politics: Financing Free and Fair Election yang bertajuk Political Financing and The Vote: What Do Young Voters Want? secara maya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundi muda perlu diberikan pendedahan dan penjelasan mengenai ekosistem politik wang berbanding hanya penekanan terhadap memilih pemimpin yang baik dan bebas daripada amalan rasuah.

Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, pemahaman ekosistem politik wang di negara ini masih rendah dalam kalangan pengundi muda yang bakal menjadi blok terbesar apabila Undi 18 dilaksanakan nanti.

Menurutnya, pelaksanaan Undi18 itu akan membawa 7.8 juta pengundi baharu dan jika dilaksanakan pilihan raya pada tahun hadapan ia akan merekodkan hampir lima juta pengundi.

“Mereka perlu memahami perubahan undang-undang politik ini yang akan menentukan masa depan negara apabila anak muda menjadi blok politik terbesar untuk akan datang.

“Masalah rasuah, kewangan politik dan akauntabiliti adalah sangat penting untuk difahami serta ditangani untuk bersama-sama membina negara," katanya.

Beliau berkata demikian selaku penalis dalam seminar Money Politics: Financing Free and Fair Election yang bertajuk Political Financing and The Vote: What Do Young Voters Want? secara maya pada Jumaat.

Turut menjadi panel, Penganalisis Politik, Dr Bridget Welsh, Pegawai Penyelidik Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari dan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii manakala wartawan bebas, Norman Goh selaku moderator.

Mengulas lanjut, Tharma berkata, berdasarkan data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 30.5 peratus orang muda memilih untuk terlibat dalam rasuah manakala 50 peratus mereka yang berusia di bawah 40 tahun dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam menerima rasuah serta melibatkan mereka yang berpendidikan tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa orang muda tidak sedar atau tidak berpendidikan dan penting untuk kita jelaskan kepada mereka bahawa untuk membina negara kita perlu bebas daripada politik korupsi,” ujarnya.

Sementara itu, Aira meminta semua masyarakat untuk terus memantau peranan kerajaan dalam menyediakan keperluan bantuan dan kebajikan kepada rakyat.

“Ini kerana keperluan pada masa ini tidak mencukupi sehinggakan kita sekarang berada di tahap di mana ahli Parlimen yang seharusnya diperhatikan untuk dipilih pada masa akan datang.

“Apa yang sedang terjadi dengan negara sekarang ini? Kebanyakan sumber tidak mencukupi untuk memberi kepada orang yang memerlukan terutama dalam waktu pandemik sekarang.

“Jadi ini perlu dipersoalkan dan disiasat, peraturan dan undang-undang perlu dipisahkan daripada politik serta kepentingan diri mereka sendiri,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!