JKM kesan waris Iriana

 Iriana
Iriana
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya sedang giat mengesan waris seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditinggalkan warisnya sejak dua tahun lalu.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Midah Abd Aziz berkata pihaknya menemui kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Iriana selepas dia ditinggalkan oleh warisnya di sebuah pusat membeli belah pada 3 April 2017 lalu.

Sewaktu ditemui, Midah berkata Iriana tidak dapat berkomunikasi dalam semua bahasa malah tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kanak-kanak malang terbabit pada waktu itu.

"Oleh sebab itu, JKM berharap sekiranya ada ahli keluarga atau waris atau sesiapa yang mengetahui kelahiran kanak-kanak ini agar dapat menghubungi kami dengan segera.

"Buat masa ini, Iriana ditempatkan di dalam jagaan orang yang layak dan sesuai dengan mendapat Perintah Penjagaan Sementara di Mahkamah bagi Kanak-kanak Petaling Jaya,"katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-78422584 /03-78422587.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!