'Deyyy Challenge' versi PU Azman

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS hangat dengan Tik Tok dan Keke Challenge, ada sahaja benda baharu yang mula menjadi ikutan netizen di media sosial.

Terbaharu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai S Kanagarajah yang tular dengan aksi geram bertukar menjadi bahan jenaka selepas beberapa individu dilihat muncul menerusi video parodi masing-masing.

Menariknya video berkenaan bukan sahaja ditiru oleh selebriti dan masyarakat tempatan malah, masyarakat luar negara juga tidak ketinggalan melakukan parodi itu.

No Image Caption

Terdahulu, penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran dan pelawak, Tauke Jambu antara selebriti yang terkena ‘penyakit geram’ atau kini dipanggil 'Deyyy Challenge' itu.

Penceramah tidak asing lagi, Pencetus Ummah (PU), Azman turut tidak ketinggalan mencuba aksi itu yang turut dikongsikan di Instagram (IG) miliknya.

Namun, sudah tentu pemilik nama Azman Syah Alias, 37, yang juga merupakan juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2 berbeza dengan versi asal apabila beliau melakukannya dalam gaya sendiri iaitu dengan dakwah, sesuai dengan statusnya sebagai pendakwah.

Mungkin netizen beranggapan PU Azman akan cuba meniru pemilik asal, dengan menjerit kemudian menjelirkan lidah. Tetapi, sangkaan meleset sama sekali, kerana PU Azman hanya menjerit sahaja.

Artikel Berkaitan:

Selepas aksi ‘menjerit’ itu, PU Azman lalu berpesan, 'Jangan marah...' dan disusuli dengan nasihat berserta hadis nabi, iaitu dari Abu Hurairah bahawa sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, nasihatilah saya”.

Nabi bersabda,"Jangan kamu marah”. Dia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda: “Jangan kamu marah”. (Riwayat Bukhari).

Dalam pada itu, rata-rata netizen merasakan PU Azman tetap nampak kelakar pada mulanya biarpun tidak menjelir lidah.

"Marahpun comel," tulis lovelyliney.

"Nak marah ke nak tahan ketawa ustaz? Ha ha ha, tulis sw_sary.

"Ustaz buatlah macam mana pun tetap comel," tulis faizshahj.

"Kenapa saya ketawa tengok ustaz marah itu, ha ha," tulis ezzamysara.

"Alhamdulillah, baharu sahaja nak marah, tengok video terus hilang marah," tulis sofeiyahputera.

Malah perkongsian PU Azman itu telah mendapat lebih 266,000 views sejak semalam.

Sementara itu, Kanagarajah yang tular dengan aksi geram dalam satu rakaman video susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan.

Aksi jelir lidah yang dibuat Kanagarajah itu bukan sekadar tersebar melalui media sosial, malah ada yang turut menjadikan pelbagai ‘meme’ melucukan oleh ramai pihak selain cabaran#Deychallenge dan #Theyychallenge.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kanagarajah yang tular dengan aksi geram ]

Terdahulu, isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Kedai di One City tutup awal ]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!