Ular sawa kekenyangan dalam reban ayam
LIPIS - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis menangkap seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram (kg) yang ditemui melingkar kekenyangan di dalam sebuah reban ayam di Kampung Jeram Besu di sini pada Sabtu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah itu, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.58 pagi.
Menurutnya, ular sawa batik sepanjang kira-kira 2.5 meter itu telah menelan seekor ayam dalam reban tersebut.
"Anggota APM mengambil masa 20 minit untuk menangkap ular itu menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, anak pemilik reban, Mohd Hafiz Salihuddin, 32, berkata, kejadian itu disedari bapanya ketika ingin memberi makanan kepada ayam di dalam reban berkenaan.
"Ini adalah kejadian kali pertama dan memang terkejut bila nampak ular itu melingkar di dalam reban.
"Syukur kerana tidak membabitkan sebarang nyawa walaupun ada ayam yang ditelan," katanya pada Sinar Harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!