Lelaki ‘Deyy’ sebak, mahu jumpa Muhammad Adib

S Kanagarajah
S Kanagarajah
A
A
A

SHAH ALAM - Namanya popular selepas video dia sewaktu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya baru-baru ini menjadi tular.

Namun, di sebalik insiden itu, ahli perniagaan, Datuk S Kanagarajah, 42, bersimpati dengan nasib menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Dalam kejadian tersebut, Muhammad Adib cedera parah dipercayai dipukul oleh perusuh yang sehingga kini belum dikenal pasti.

Ketika sesi Sinar Live hari ini, Kanagarajah kelihatan sebak dan berharap Muhammad Adib akan segera sembuh.

“Saya doakan Muhammad Adib akan sembuh dan bertugas seperti biasa. Saya juga harap boleh jumpa dia dan datang ke majlis perkahwinannya nanti,” katanya.

Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalam kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Lelaki ini tidak kisah video tular...]

Sebelum ini, video Kanagarajah menahan kemarahan menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.

Artikel Berkaitan:

Bercerita lanjut, katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang merakam video berkenaan sehingga tular.

“Saya pun sedang mencari siapa yang merekodkannya dan membuatkan saya popular,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!