Lage harap Wolves tidak ulangi kesilapan

Lage menyampaikan sesuatu kepada pemain Wolves paa aksi berdepan Brentford, 18 September lalu. - Foto The4thofficial
Lage menyampaikan sesuatu kepada pemain Wolves paa aksi berdepan Brentford, 18 September lalu. - Foto The4thofficial
A
A
A

PENGENDALI Wolverhampton Wanderers Bruno Lage menggesa skuad kendaliannya agar tidak mengulangi kesilapan mudah apabila berdepan Southampton pada Ahad sebagaimana yang dilakukan ketika berdepan Brentford dan Tottenham Hotspur sebelum ini.

Menurut Lage, kesilapan-kesilapan pada dua perlawanan berkenaan tidak seharusnya berlaku dan berharap benteng pertahanan Wolves lebih peka bagi mengekang asakan-asakan lawan.

“Benteng pertahanan kita tidak boleh melakukan kesilapan-kesilapan kerana ia mungkin boleh menyebabkan kita menanggung kekecewaan lagi.

“Pada masa sama, kita juga perlu terus bekerja, mencipta peluang supaya kita tidak lagi terlepas peluang untuk mendapatkan mata yang seharusnya menjadi milik kita.

“Inilah yang berlaku pada perlawanan-perlawlanan sebelum ini apabila lawan begitu mudah menjaringkan gol apabila kita melakukan kesilapan,” katanya.

Untuk rekod, Wolves tumpas 0-2 kepada Brentford 18 September lalu, biarpun berdepan lawan yang beraksi dengan hanya 10 pemain dalam tempoh 30 minit terakhir.

Lage juga terkilan kerana kesebelasan Wolvers gagal memanfaatkan peluang berkenaan untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang gol pada perlawanan tersebut.

Sementara itu, Lage berharap agar jentera serangan Wolves lebih menyengat pada perlawanan itu dalam usaha merobek gawang Southampton.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, jentera serangan pasukan juga diharap dapat mengatur asakan-asakan yang lebih tersusun ke gawang lawan dalam usaha menjaringkan gol.

“Bagi saya, bola sepak secara keseluruhannya adalah berkait rapat dengan gol. Oleh itu, dalam apa juga keadaan, kita perlu menjaringkan gol untuk memastikan kejayaan.

“Selain itu, pastikan pintu gol kita tidak dibocori lawan dan diharapkan pasukan kita dapat melakukan kedua-dua perkara berkenaan ketika berdepan Southampton,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!