Cadang had kawasan maksimum ladang kelapa sawit
KUALA LUMPUR - Kementerian Industri Utama akan membentangkan cadangan kepada Kabinet pada bulan ini untuk mengehadkan kawasan maksimum ladang kelapa sawit kepada kira-kira 6.5 juta hektar, meningkat daripada 5.85 juta hektar pada akhir 2018.
Menterinya, Teresa Kok berkata, ini dijangka dicapai pada 2023 berdasarkan purata perluasan ladang setiap tahun dari 2013 hingga 2018.
“Langkah ini dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa perladangan kelapa sawit adalah punca penebangan hutan.
“Tetapi, bagi membolehkan ini dicapai, kami perlu bekerjasama dengan pelbagai kerajaan negeri,” katanya semasa merasmikan Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Minya Laurik, Persidangan dan Pameran Prospek Harga 2019 (POC 2019), di sini, hari ini.
Kok berkata pengusaha kelapa sawit juga perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan anak benih, serta meningkatkan produktiviti dan hasil tuaian kelapa sawit sedia ada. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!