Pantai Nusuk asalnya sebuah pulau terpencil

Pantai Nusuk menjadi lokasi riadah keluarga terbaharu di Kelantan dan boleh bermandi-manda. - Foto SINAR HARIAN
Pantai Nusuk menjadi lokasi riadah keluarga terbaharu di Kelantan dan boleh bermandi-manda. - Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KOTA BHARU - Lokasi tersembunyi sebuah pantai di Sabak sehingga tidak disedari penduduk setempat menyebabkan kawasan itu dikenali sebagai Pantai Nusuk (tersembunyi).

Bagi pengunjung yang datang dari luar kawasan itu akan kerap tersesat sebelum dapat menemukan lokasi yang terletak di Tanjung Kuala iaitu di penghujung pesisir Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, di sini.

Menurut seorang penduduk tempatan, Shamsuddin Daud, 45, yang meneroka lokasi itu berkata, kawasan tersebut pada asalnya sebuah pulau terpencil yang dipenuhi semak-samun termasuk pokok bakau dan tapang selain tanah berpaya.

Katanya, terdapat tiga pulau yang terletak berhampiran antara satu sama lain dan lokasi Pantai Nusuk adalah tapak Pulau Bernai dan tiada seorang pun penduduk tinggal di pulau itu.

Shamsuddin - FOTO SINAR HARIAN
Shamsuddin - FOTO SINAR HARIAN

“Kira-kira 30 tahun lalu, ada sebuah sungai di kawasan ini manakala Pulau Bernai pula bercantum dengan daratan akibat hakisan pantai.

“Saya berniaga kecil-kecilan di Kedai Makan Nusuk di hadapan kawasan semak-samun ini dan melihat potensi pantai ini untuk dimajukan,” katanya ketika ditemui di Pantai Nusuk di sini pada Sabtu.

Ujarnya, dia mengambil masa dua tahun bagi membersihkan kawasan dan mencantikkan pantai dengan memberikan nama sebagai Pantai Nusuk sempena lokasi yang sukar untuk ditemukan oleh orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Suasana damai di Pantai Nusuk yang lokasinya sukar ditemui oleh pengunjung kerana berada di lokasi terpencil di penghujung pesisiran Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - FOTO SINAR HARIAN
Suasana damai di Pantai Nusuk yang lokasinya sukar ditemui oleh pengunjung kerana berada di lokasi terpencil di penghujung pesisiran Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - FOTO SINAR HARIAN

“Ramai yang mengadu tersesat dan hanya sampai selepas empat kali mencari.

“Mereka tidak marah, malah ketawa kerana lucu dan berpendapat kesukaran yang ditempuhi sepanjang perjalanan untuk menemukan lokasi pantai itu sesuai dengan nama Pantai Nusuk tersebut,” katanya.

Shamsuddin berkata, dia dibantu seorang kawan dalam usaha membangunkan Pantai Nusuk yang dibuka kepada orang ramai sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Suasana bersih di Pantai Nusuk sangat sesuai untuk bersantai dan perkhelahan keluarga. - FOTO SINAR HARIAN
Suasana bersih di Pantai Nusuk sangat sesuai untuk bersantai dan perkhelahan keluarga. - FOTO SINAR HARIAN

“Saya mencantikkan tempat ini dengan hiasan kayu hanyut yang dikutip di pesisir pantai dan mengenakan bayaran letak kereta sebanyak RM2 sebagai upah mengutip sampah di kawasan ini.

“Saya ingin memastikan kawasan ini sentiasa bersih selain masih memerlukan dana untuk membina surau serta tandas sebagai kemudahan kepada orang ramai,” katanya.

Seorang pengunjung, Sabri Abdullah, 42, turut berkongsi pengalaman bersama keluarga datang ke Pantai Nusuk secara tidak sengaja pada Ahad lalu.

“Kami dari Kadok bersiap-siap membawa bekal untuk berkelah dan menuju ke Pantai Sabak.

Pengunjung yang bergambar di Pantai Nusuk di Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu sementara Pantai Nami di Bachok dapat dilihat berada di hujung pantai berkenaan. PHOTO: SINAR HARIAN
Pengunjung yang bergambar di Pantai Nusuk di Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu sementara Pantai Nami di Bachok dapat dilihat berada di hujung pantai berkenaan. PHOTO: SINAR HARIAN

“Tiba-tiba kami sampai ke Pantai Nusuk. Ini pertama kali jejak kaki ke sini dan memang tidak pernah tahu ada pantai secantik dan sebersih ini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Che Hussin Che Hamad, 64, dia berasal dari Kampung Pengkalan Ikan, Sabak iaitu sebuah perkampungan yang sudah tenggelam 30 tahun lalu akibat hakisan dan terletak tidak jauh dari Pantai Nusuk.

CHE HUSSIN - Foto: SINAR HARIAN
CHE HUSSIN - Foto: SINAR HARIAN

“Dahulunya jarak antara pantai dan perkampungan sangat jauh kira-kira tiga kilometer namun hakisan dan perubahan bentuk muka bumi mengakibatkan ratusan rumah lenyap ditenggelami lautan.

“Kedudukan Pantai Nusuk ini sebenarnya hanya bersebelahan dengan Pantai Nami atau Pantai Senok, Bachok yang terpisah oleh muara sungai di tengah-tengahnya.

“Uniknya apabila berada di Pantai Nusuk, kita akan dapat melihat Pantai Nami namun apabila kita berada di Pantai Nami pula, kita tidak akan nampak Pantai Nusuk yang terbukti kedudukan ‘nusuk’ iaitu bermaksud tersembunyi,” katanya.

Kayu hanyut dibina buaian untuk permainan kanak-kanak dan bergambar. - Foto: SINAR HARIAN
Kayu hanyut dibina buaian untuk permainan kanak-kanak dan bergambar. - Foto: SINAR HARIAN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!