Meninggal dunia selepas teguk minuman soda
BEIJING - Seorang lelaki China meninggal dunia selepas hatinya cedera kerana dipercayai meneguk sejenis minuman soda 1.5 liter dalam tempoh 10 minit di negara tersebut baru-baru ini.
Kejadian pelik itu diceritakan dalam jurnal 'Clinic and Research in Hepatology and Gastroenterology' atau dalam bahasa Melayunya ialah Klinik dan Penyelidikan dalam Hepatologi serta Gastroenterologi.
Lelaki yang berusia 22 tahun itu didapati meninggal dunia bukan hanya disebabkan oleh hatinya cedera tetapi akibat kandungan gas di dalam badannya kerana meminum minuman tersebut.
Dia pergi untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Beijing selepas beberapa jam meminum minuman tersebut.
Lelaki itu mengadu berasa sakit dan perutnya yang membengkak selepas meminum minuman tersebut menyebabkan dia pergi untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Ketika tiba di hospital itu, dia mengalami tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung yang tinggi dan bernafas dengan cepat.
Anggota-anggota perubatan kemudian berusaha mengeluarkan gas dari sistem pencernaannya.
Lelaki berkenaan memberitahu doktor bahawa dia minum minuman soda 1.5 liter bertujuan untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.
Walaupun doktor melakukan usaha untuk menyelamatkan nyawanya tetapi lelaki tersebut akhirnya meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!