Solskjaer tak puas hati tindakan pemain Villa

Fernandes diberikan tekanan oleh pemain Villa sebelum mengambil sepakan penalti.
Fernandes diberikan tekanan oleh pemain Villa sebelum mengambil sepakan penalti.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kurang gembira dengan cara pemain Aston Villa memberikan tekanan kepada Bruno Fernandes sebelum pemain tengahnya itu mengambil sepakan penalti.

Menurutnya, tindakan pemain Villa yang mengerumuni Fernandes memberikan kesan apabila pemain kelahiran Portugal itu gagal menyempurnakan penalti ketika kekalahan mengejut The Red Devils 0-1 di Old Trafford.

"Pertama sekali cara pemain Villa berada di kotak penalti, mengerumuni Bruno. Saya memahami tindakan pemain Villa itu tetapi saya tidak sukakannya dan itu bukan cara sepatutnya.

"Bruno sememangnya bagus dalam sepakan penalti tapi kali ini dia gagal menyempurnakannya. Ia tidak mengganggu mentalnya dan saya yakin dia akan kembali mendapatkan gol menerusi penalti.

"Mungkin hari ini ramai yang mengecam Bruno. Apa yang saya tidak suka adalah bagaimana mereka mengerumuni Bruno. Ia sememangnya berkesan tetapi tidak elok dipandang dan mereka mendapat hasil daripada apa yang mereka buat," katanya.

Dalam perlawanan itu, Villa membawa pulang tiga mata berharga selepas tandukan Kortney Hause pada minit ke-88 memberikan kemenangan kepada pasukan pelawat.

United berpeluang menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti, namun Fernandes gagal menyempurnakannya dengan bola melewati palang gol Villa.

Dalam masa sama. Solskjaer mempertahankan tindakannya dengan memilih Fernandes sebagai pilihan utama untuk mengambil penalti berbanding Cristiano Ronaldo.

Artikel Berkaitan:

"Ya. keputusan dibuat sebelum perlawanan bermula," katanya.

Dalam pada itu, Fernandes tampil memohon maaf di atas kegagalan sepakan penalti tersebut yang menyaksikan kegagalan kedua buatnya sepanjang bersama United sejak kali pertama ketika menentang Newcastle United pada Oktober tahun lalu.

"Tiada orang yang lebih kecewa daripada saya selepas terlepas penalti ini. Hari ni saya gagal, namun saya mengambil tanggungjawab ini dan akan terus mengambil sepakan penalti.

"Kritikan dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam bola sepak dan saya akan mengambilnya sebagai sesuatu yang penting selain memperbaiki permainan saya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!