Beberapa penumpang maut, kereta api tergelincir di Montana
MOSCOW - Beberapa orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian kereta api penumpang tergelincir di Montana, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.
Menurut pengendali pengangkutan itu Amtrak, lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin pada Sabtu, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.
Terdapat sekitar 147 penumpang dan 13 kru di dalam keretapi api berkenaan.
"Amtrak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengangkut penumpang yang cedera dan memindahkan mereka yang terselamat," lapor media tempatan memetik kenyataan Amtrak.
Kereta api itu dilaporkan tergelincir ketika dalam perjalanan menuju ke Seattle. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!