Tinggal bersama keluarga daif, wanita jutawan insaf

Maria (kanan) tinggal bersama Becky bagi mengikuti rancangan realiti TV. - Mirror
Maria (kanan) tinggal bersama Becky bagi mengikuti rancangan realiti TV. - Mirror
A
A
A

SEJAK kecil Maria dimanjakan dengan barang dan kehidupan mewah, tidak pernah kenal erti susah.

Celik mata sahaja semuanya ada, sebut sahaja apa kehendaknya, pasti dituruti oleh kedua ibu bapanya.

Memetik portal Mirror, dia berasal dari Rusia dan kini menetap di United Kingdom, berusia 21 tahun telah mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun kehidupannya berubah setelah Maria menyertai satu rancangan realiti televisyen (TV) Rich Kids Go Skint dimana dia perlu melalui sendiri pengalaman hidup bersama keluarga susah sekaligus membuka matanya untuk sentiasa bersyukur.

"Hidup saya mewah seperti di syurga, tetapi ada sahaja tidak mencukupi hingga merungut. Saya sering merungut tentang betapa sukarnya untuk menjaga anak ketika belajar," katanya.

Selain memiliki beg tangan jenama Chanel pertama ketika usia lima tahun, Maria juga mempunyai pengasuh, sebuah rumah penthouse dan segalanya telah diberikan oleh ibu bapanya.

No Image Caption

Boleh dikatakan, duit bukanlah satu masalah buat dirinya.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana, setiap bulan, Maria akan menghabiskan beratus ribu ringgit pada barangan jenama seperti pakaian jenama Dolce & Gabbana (RM5,380), Stella McCartney (RM4,300), beg tangan (RM75,300) dan beg tangan daripada kulit buaya jenama Birkin (RM183,000).

“Kelazimannya, saya akan membelanjakan kira-kira RM21,000 hingga RM26,000 setiap bulan tetapi itu adalah jumlah minimum.

"Tahun lalu, saya menghabiskan sehingga RM48,000 sebulan," katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut bercuti sebanyak empat kali atau lima kali setahun dengan kos mencecah RM270,000 selama 10 hari.

Dalam pada itu, Maria juga berhasrat memanjakan anaknya dengan kemewahan seperti mana dirinya.

“Saya mahu anak saya mendapat barangan terbaik di dunia, yang paling istimewa dan mahal.

"Saya mendapat beg Chanel pertama ketika berusia lima tahun dan saya mahu tradisi ini diturunkan kepada anak saya,” kata Maria yang pernah membelikan kain skirt berharga RM7,900 buat anaknya berusia lapan bulan.

“Saya mampu mendapatkan apa sahaja yang saya mahukan sejak kecil. Perkataan tidak tiada dalam kamus hidup saya.

"Ibu bapa saya bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada saya. Kini, suami saya pula bekerja keras untuk saya dan anak kami," katanya.

Itu realiti kehidupan Maria yang dibaluti kemewahan namun dirinya terpana apabila tinggal di sebuah rumah didiami pasangan Becky Bouzguanda dan suaminya, Hama yang tinggal di Croydon, London.

Jauh berbeza kehidupan dengan Maria, Becky tinggal di sebuah rumah kecil yang tiada bilik bersama dua lagi anaknya.

Keluarga kecil itu hanya membelanjakan RM3,500 sebulan untuk keperluan penting dimana peruntukan sebanyak RM270 dihadkan untuk perbelanjaan makanan untuk mereka.

Becky juga tidak segan menceritakan kebanyakan pakaian anaknya, Madhi, 4, dan Alfie, 18 bulan dibeli dari kedai kebajikan.

Mendengar kisah Becky, Maria terkejut dengan situasi itu dan pertama kali mendengar mengenai kedai kebajikan (kedai jualan murah).

"Memandangkan pendapatan kami sedikit, kami utamakan keperluan anak-anak terlebih dahulu, biar barang anak-anak mencukupi termasuk keperluan makanan harian," katanya.

Maria yang menetap selama seminggu di rumah Becky telah menimba pengalaman berharga dan melihat bagaimana keluarga itu menguruskan kewangan bagi memastikan mereka mampu bertahan selama sebulan.

Sememangnya pengalaman itu nyata memberi kesedaran buat Maria yang selama ini terlalu boros.

Melihat kedaifan keluarga Becky, Maria berbesar hati menaja tiket penerbangan buat keluarga itu ke Tunisia bagi membolehkan mereka menziarah sanak saudara.

Katanya turut mengakui lebihan wang yang dibelanjakan kepada benda yang tidak sepatutnya itu adalah sangat bermakna buat segelintir masyarakat. -Mirror

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!