Konsert Syantik Bersama Siti Badriah ditunda
Penundaan konsert penyanyi asal Indonesia yang popular dengan lagu Syantik itu adalah atas nasihat pihak-pihak tertentu.
Pengumumkan tersebut disampaikan menerusi mesej ringkas daripada wakil penganjur konsert tersebut, Suasana Enak Sdn Bhd.
“Pihak penganjur Konsert Syantik bersama Siti Badriah ingin memohon maaf, kerana atas nasihat dari pihak-pihak tertentu, pihak penganjur terpaksa menunda Konsert Syantik yang akan diadakan pada 8 Disember 2018 ke suatu tarikh baru yang akan di umumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Bagaimanapun para peminat yang sudahpun membeli tiket tidak perlu bimbang kerana pihak penganjur akan membuat pembayaran balik dalam masa yang terdekat.
“Pihak penganjur akan menghubungi pembeli yang sudah membeli ticket untuk pembayaran balik,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!