Projek pembinaan HPJ disambung, dijangka beroperasi 2024
KUCHING - Kontraktor penyelamat telah memulakan projek menyiapkan baki kerja terbengkalai Hospital Petra Jaya (HPJ) sejak awal tahun ini dan hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, kontraktor penyelamat yang dilantik awal tahun ini akan mengambil sedikit masa untuk tempoh beberapa bulan ini bagi mengeluarkan semua peralatan lama milik kontraktor lama serta membersihkan tapak tersebut.
“Ada kawasan seperti tempat letak kereta di bawah tanah dibanjiri air dan perlu dikeluarkan airnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke bangunan baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini pada Ahad.
Menurut Khairy, HPJ akan menempatkan 300 buah katil.
Untuk rekod, HPJ pernah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ apabila projek itu yang dijadualkan siap pada November 2016 telah tertangguh ekoran kelewatan pembinaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!