Daripada naikkan caj, lebih baik kaji keberkesanan kempen beg plastik

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

MERAK Jalanan ada terbaca laporan yang mengatakan kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula caj beg plastik yang dikenakan di negeri itu jika jumlah kutipan caj terus meningkat.

Menurut kata Exco bertanggungjawab, Hee Loy Sian, syor untuk meningkatkan caj adalah sebagai penegasan kerajaan negeri terhadap pengurangan penggunaan beg plastik dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, jumlah kutipan caj beg plastik setakat Jun tahun ini adalah sebanyak RM2.57 juta dan ia bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Pada pandangan Merak Jalanan pendekatan yang dibuat ketika ini sebenarnya perlu ditambah baik.

Sepatutnya jika mahu mengurangkan penggunaan beg plastik, adalah wajar mewajibkan penggunaan beg kertas dan bukannya menjual beg plastik di kaunter bayaran.

Jika kaedah sama masih dikekalkan seperti sekarang ini, maka sampai bila-bila pun kempen tersebut tidak akan berjaya.

Bahkan tidak mustahil ada pihak yang gembira membuat untung dengan penjualan plastik kepada pelanggan.

Rasanya semua orang pernah mengalami pengalaman yang sama apabila membeli belah di pasar raya.

Artikel Berkaitan:

Apabila kita membeli ikan, sayur, buah dan sebagainya, setiap barangan tersebut dibungkus dengan plastik dan jumlah penggunaan beg plastik adalah lebih banyak daripada beg plastik yang terpaksa dibeli di kaunter bayaran.

Ini tidak termasuk jumlah bungkusan lain yang dibaluti dengan plastik yang begitu banyak dijual.

Merak Jalanan bukannya membantah usaha kerajaan negeri, tetapi adalah lebih baik ia dibuat dengan lebih komprehensif dan mendatangkan impak yang berkesan.Semua orang sayangkan alam sekitar dan tiada siapa yang mahu kawasan mereka tercemar dengan bungkusan plastik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!