Israel bebaskan Ahli Majlis Perundangan Palestin
RAMALLAH - Pihak berkuasa penjajah Israel membebaskan seorang Ahli Majlis Perundangan Palestin, Khalida Jarrar pada Ahad selepas dua tahun berada dalam tahanan rejim Zionis.
Khalida, 58, dihukum penjara pada Mac 2021 kerana menjadi anggota Organisasi Pembebasan Palestin (PFLP) yang dianggap sebuah pertubuhan pengganas oleh Amerika syarikat (AS) dan Israel.
Bagaimanapun, rejim Zionis tidak dapat mencari bukti penglibatan wanita itu dalam aktiviti yang membunuh seorang askar Israel.
Beliau ditahan tanpa sebarang dakwaan sejak tahun 2019 bersama beberapa tokoh Palestin yang lain.
Khalida ditangkap berikutan satu serangan yang menyebabkan seorang remaja Palestin terbunuh.
Wanita itu dipilih sebagai Ahli Majlis Perundangan Palestin atau Parlimen sebagai anggota PFLP.
"Selepas dibebaskan dari penjara, beliau menziarahi kubur anak perempuannya, Suha yang meninggal dunia pada Julai lalu," kata seorang koresponden AFP.
Ketika dalam tahanan, Israel melarang wanita itu menghadiri pengebumian anaknya.
Khalida dipenjarakan banyak kali oleh rejim Zionis dan kerap ditahan tanpa sebarang dakwaan terhadapnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!