Kes Covid-19 hari ini turun lagi kepada 10,959
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari Isnin terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes semalam.
“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah 2,209,194 kes,” katanya.
Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,723 diikuti Johor (1,226), Kelantan (983), Selangor (979), Pulau Pinang (793), Sabah (751), Pahang (739) dan Perak (713).
Terengganu pula merekodkan 691 kes disusuli Kedah (660), Melaka (346), Kuala Lumpur (176), Negeri Sembilan (110), Perlis (51) dan Putrajaya (18) manakala tiada kes baharu di Labuan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat Ahad ialah 68 peratus daripada 1,543 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 59 peratus daripada 16,677 katil. - Bernama
Sehingga 27 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,959 kes (2,209,194 kes)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 27, 2021
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 979 (673,129)
Sarawak - 2,723 (201,812)
Sabah - 751 (195,015)
Johor - 1,226 (191,996)
WPKL - 176 (185,278)
Kedah - 660 (132,331) pic.twitter.com/5lxmummXMj
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!