City sedia jumpa PSG

Jesus (kanan) percaya City sudah bersedia untuk menghadapi PSG.
Jesus (kanan) percaya City sudah bersedia untuk menghadapi PSG.
A
A
A

PENYERANG Manchester City, Gabriel Jesus menyifatkan pasukannya sudah bersedia menghadapi tentangan sukar ketika bertemu Paris Saint Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara di Le Parc des Princes, pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, motivasi kesemua pemain berada pada tahap terbaik selepas membenam jaguh Eropah, Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

"Kami perlu mengharungi tiga perlawanan sukar dalam minggu ini. Kami baru sahaja selesai menentang juara Eropah dan berjaya mencipta kemenangan. Selepas itu akan menentang salah satu pasukan pilihan dalam Liga Juara-Juara iaitu PSG.

"Mereka telah menandatangani beberap pemain hebat pada jendela perpindahan musim panas lalu menjadikan pasukan mereka sangat kuat. Namun, kami yakin bersedia untuk menentang mereka.

"Kemudian kami akan bertemu Liverpool pada Ahad iaitu pasukan terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami tahu ia akan menjadi minggu yang sukar," katanya.

Dalam masa sama, Jesus turut mengakui jadual perlawanan yang perlu diharungi City apatah lagi berdepan tiga pasukan terkuat dunia adalah sesuatu yang gila.

"Tetapi, kami perlu mengharungi satu perlawanan demi satu perlawanan. Fokus kepada perlawanan berikutnya dan memenangi perlawanan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, pengendali PSG, Mauricio Pochettino percaya pasukannya itu berada pada 'gear' yang betul untuk berdepan City selepas kemenangan 2-0 ke atas Montpelier dalam aksi Ligue 1.

Artikel Berkaitan:

"Lapan kemenangan dalam lapan perlawanan. Ia adalah langkah terbaik untuk persiapan menerima kehadiran City dalam perlawanan penting saingan Liga Juara-Juara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!