Syarikat tempatan kurang terlibat tenaga boleh diperbaharui

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui tetapi syarikat-syarikat tempatan tidak berminat untuk aktif dalam bidang ini, kata pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.

Jomo berkata, walaupun Malaysia adalah pengeksport solar panel yang terbesar ke Amerika Syarikat, kebanyakan peserta dalam pasaran tersebut terdiri daripada syarikat-syarikat asing yang mendirikan kilang di Malaysia.

"Seluruh dunia amat prihatin dengan pemanasan global dan sektor tenaga mempunyai potensi besar untuk berkembang. Malangnya, kita tidak mempunyai banyak syarikat tempatan yang terlibat dalam tenaga hijau.

"Kita sudah pun memiliki asas-asas yang kukuh. Yang penting, usaha memupuk industri tempatan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa perlu dimulakan," katanya kepada pemberita hari ini selepas perbincangan panel anjuran Institut Penyelidikan Khazanah.

Jomo adalah salah seorang anggota panel, beliau berkongsi padangan dan pendapat mengenai prestasi ekonomi negara.

Katanya, industri dan pihak berkuasa perlu memikirkan semula cara untuk menjana kembali perindustrian dalam keadaan sekarang.

"Ekonomi dunia telah banyak berubah sejak tahun 90-an semasa industrri kita sedang rancak berkembang. Dalam situasi ini, kita perlu mengakui bahawa ada dasar-dasar kita yang ketinggalan zaman dan kita perlu membuat kemaskini," katanya.

Jomo juga menegaskan bahawa peluang pekerjaan baharu yang dicipta pada hari ini perlu mempunyai nilai tambah, ini berbeza dengan sektor perkhidmatan yang hanya mewujudkan pekerjaan tradisional.

Artikel Berkaitan:

"Dalam senario sekarang, mengembangkan angka kerja dalam kerajaan adalah tidak produktif. Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa, industri perlu menangani kelemahan dan mengenalpasti kekuatannya," katanya.

Sementara itu, Institut Penyelidikan Khazanah hari ini mengeluarkan sebuah buku yangt bertajuk "Struktur Ekonomi Malaysia : Analisis Input-Output" yang mengulas mengenai kekurangan hubungan antara syarikat-syarikat multinasional yang besar dengan perusahaan kecil dan sederhana.

"PKS dan sektor bersaiz besar didapati sangat berkait tetapi syarikat besar ini amat kurang disepadukan dengan PKS dan sambungan yang ada, masih longgar dalam rantaian pengeluaran," katanya lagi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!