Jaga perasaan perempuan lain: Anzalna

Pelakon, Anzalna Nasir
Pelakon, Anzalna Nasir
A
A
A

PELAKON, Anzalna Nasir, 31, berkongsi banyak menerima pertanyaan warganet sejak mengumumkan berita kehamilan.

Menurut pelakon Dendam Aurora, bagi membantu kalangan perempuan di luar yang mengalami senasib sama, tip kehamilan akan dikongsi pada masa sesuai.

"Insya-ALLAH saya akan kongsikan juga. Semoga dengan perkongsian tip ini dapat membantu golongan wanita di luar sana.

"Ini kerana saya sendiri faham apa yang mereka lalui seperti mana saya sendiri lalui," ujarnya.

No Image Caption

Anzalna yang ditemui pada majlis pelancaran VSensual di Roof Garden, Sime Darby, Bukit Kiara, berkata, fasal jantina anak dan perkembangan seterusnya akan dikongsi di media sosial.

Pun begitu, Anzalna menegaskan sekali lagi tidak mahu terlalu berkongsi kerana mahu menjaga perasaan kaum hawa.

"Macam saya katakan tadi, saya akan share tapi masih terlalu awal ni... lagi pun saya tak mahu terlalu berkongsi sebab nak jaga perasaan perempuan yang tak dapat nak mengandung," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Zaki selamat diijabkabulkan sekitar awal tahun 2016 dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada Jun 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!