Saran letak pelekat khas untuk pemandu warga emas

No Image Caption
A
A
A

TAHUN lalu, Merak Jalanan menyaksikan sendiri di depan mata satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan.

Sebuah kenderaan didapati telah melanggar bahagian belakang kenderaan yang lain dan sebaik sahaja kejadian itu berlaku, keluar seorang wanita warga emas daripada bahagian pemandu kenderaan tersebut.

Pemandu berkenaan kelihatan menggeletar tubuhnya, kemungkinan mengalami kejutan daripada kemalangan itu. Malang memang tidak berbau. Merak Jalanan simpati dengan nasib yang menimpa pihak terlibat.

Bagaimanapun, ia hanyalah satu daripada pengalaman Merak Jalanan dengan pemandu warga emas dan jika ada cadangan untuk mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas lebih 70 tahun, maka perlu ada kajian dan statistik lengkap.

Mungkin kes-kes kemalangan melibatkan pemandu warga emas ini rendah kerana berdasarkan pengalaman Merak Jalanan yang memandu setiap hari di sekitar Lembah Klang, rata-rata pemandu berkenaan sering memandu secara berhemah.

Mereka memandu dengan penuh cermat dan adakala dalam kalangan warga emas ini memandu lebih perlahan daripada had kelajuan yang ditetapkan.

Memandu dengan perlahan bukanlah satu kesalahan tetapi kadangkala tindakan itu boleh mengganggu aliran trafik.

Namun, bagi memastikan keselamatan semua pihak, Merak Jalanan ingin mencadangkan supaya satu pelekat khas diberikan kepada pemandu warga emas agar pengguna jalan raya yang lain lebih berhati-hati.

Artikel Berkaitan:

Kaedah itu sama juga dengan pemandu orang kurang upaya (OKU).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!