Bapa Faizal Tahir meninggal dunia
KUALA LUMPUR- Aktivis Palestin Dr Tahir Abdul Rahman dilapor meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 71 tahun.
Berita pemergian Allahyarham dikongsi anaknya Anas Tahir yang juga penyampai radio Zayan menerusi catatan di akaun Instagram miliknya hari ini.
Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan NGO memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak.
Seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada jam 3.40 pagi Selasa.
Allahyarham juga merupakan bapa kepada penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir.
Faizal meletakkan sekeping foto hitam di akaun Instagram miliknya. -Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!