TikTok miliki lebih satu bilion pengguna

Platform perkongsian video, TikTok kini mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif. - Foto AFP
Platform perkongsian video, TikTok kini mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Platform perkongsian video, TikTok kini mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif selepas syarikat dari China, ByteDance menciptanya kira-kira empat tahun lalu.

Ia memperoleh pelanggan yang ramai ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga perintah 'lockdown' dan sekolah-sekolah pula ditutup di negara negara di dunia.

Platform video itu telah memperoleh lebih 300 juta pengguna sejak Julai 2020.

Ketika dihasilkan, ia hanya membenarkan video selama 15 saat disiarkan di TikTok.

Namun, platform itu melanjutkan lagi tempoh siaran video yang dihasilkan oleh pelanggannya kepada tiga minit pada awal Julai lalu.

Ia adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai penonton dan bersaing dengan YouTube.

Dalam pada itu, YouTube beroperasi di lebih 100 buah negara pada pertengahan Julai

lalu.

Artikel Berkaitan:

Anak syarikat ByteDance, Douyin yang merupakan platform mirip TikTok di China kekal berada di belakang YouTube dengan mendakwa mempunyai 2.3 bilion pengguna aktif pada tahun lalu.

Ia popular dalam kalangan golongan muda di China. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!