Yayasan Selangor tawar pembiayaan pinjaman pelajaran

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Warga Selangor diminta supaya tidak melepaskan peluang memohon bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang akan ditutup pada 30 September ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, bantuan Yayasan Selangor itu ditawarkan kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta milik kerajaan Selangor.

“Pinjaman pelajaran boleh ubah ini menawarkan pengecualian bayaran balik 50 peratus atau 100 peratus bagi mana-mana anak Selangor yang dapat menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Yayasan Selangor dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan permohonan bantuan itu terbuka kepada mereka yang sedang belajar atau menerima tawaran pengajian sepenuh masa peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Pembiayaan dikhususkan hanya kepada pemohon warganegara Malaysia dan rakyat Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.

Permohonan bantuan yang dibuka sejak 1 September boleh dibuat melalui laman sesawang www.yayasanselangor.org.my.

Pada 29 April, Yayasan Selangor menjalin kerjasama dengan 18 agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksana pelbagai program pendidikan selaras wawasan negeri pintar 2025.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!