Juventus tanpa dua tonggak berdepan Chelsea

Paulo Dybala. - Foto Reuters
Paulo Dybala. - Foto Reuters
A
A
A

GERGASI Serie A, Juventus terpaksa melupakan khidmat dua tonggak Paulo Dybala dan Alvaro Morata apabila melayan kunjungan penyandang juara Chelsea dalam perlawanan kumpulan D di Stadium Allianz awal pagi Khamis.

Menurut jurucakap Juventus, kedua-dua pemain itu juga terpaksa disisihkan dalam perlawanan Serie A menentang Torino pada 3 Oktober depan.

"Dybala tampil cemerlang menjaringkan gol pembukaan ketika membantu The Old Lady mengatasi Sampdoria 3-2 pada Ahad sebelum mengalami kecederaan manakala Morata juga berdepan situasi sama.

"Dybala dan Morata berkemungkinan besar akan kembali bersama Juventus selepas perlawanan antarabangsa pada Oktober depan.

"Ujian diagnosis telah dilakukan terhadap kedua-duanya dan didapati Morata berdepan kecederaan hamstring manakala Paulo Dybala pula kecederaan otot. Kedua-dua dijangka pulih selepas perlawanan antarabangsa," katanya.

The Old Lady kendalian Massimiliano Allegri selepas berdepan skuad Thomas Tuchel di Turin akan berdepan Torino dalam derbi Turin yang dijadualkan pada Ahad.

Anak buah Allegri kemudian akan menanti kunjungan AS Roma kendalian Jose Mourinho sebaik Serie A bersambung pada 17 Oktober depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!