Solskjaer dedah Maguire, Shaw bakal terlepas aksi Liga Juara-juara

Maguire (kiri) dan Shaw bakal terlepas aksi berdepan Villareal. - foto gettyimages
Maguire (kiri) dan Shaw bakal terlepas aksi berdepan Villareal. - foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan kapten skuad The Red Devils, Harry Maguire dan tonggak pertahanan Luke Shaw bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara berdepan Villareal di Old Trafford, pada awal pagi Khamis.

Menurut Solskjaer, kedua-dua pemain berkenaan mengalami kecederaan ketika berdepan Aston Villa 23 September lalu yang menyaksikan skuad The Red Devils itu tumpas 0-1.

Bagaimanapun menurut Solskjaer, kedua-dua pemain tonggak berkenaan akan menjalani rawatan sekali lagi hari ini (Selasa), bagi menentukan sama ada mereka bersedia untuk diturunkan atau sebaliknya.

“Kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan ketika berdepan Villa dan sejak perlawanan itu kita juga hanya mendapat sedikit maklumat berhubung status kecederaan mereka.

“Apa pun, diharapkan kecederaan kedua-duanya tidak serius kerana perlu menurunkan kesebelasan terbaik dan ia bukan hanya untuk jentera serangan, tetapi juga bagi benteng pertahanan,” katanya.

Untuk rekod, United tewas 1-2 kepada kelab Switzerland, Young Boys pada aksi pembukaan Kumpulan F, 15 September lalu.

Mengulas mengenai pendapat yang mengatakan bahawa aksi berdepan Villareal sebagai aksi ulangan bagi final Liga Europa 2021, Solskjaer berkata, perlawanan kali ini adalah jauh berbeza.

Malah katanya, kedua-dua pasukan juga menampilkan pemain-pemain berbeza kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Perlawanan kali ini memang berbeza. Bagaimanapun, kita tetap berharap dapat menurunkan Maguire dan Shaw.

“Apa pun, tapi kita belum pasti mengenainya dan akan melihat lebih lanjut perkara ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!