Setiausaha AS adakan pertemuan dengan TPM Thailand

No Image Caption
A
A
A

BANGKOK - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Luar, Don Pramudwinai di Washington pada Isnin, antara lain membincangkan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan berkata, Blinken dan Don mengulangi komitmen mengenai perjanjian Amerika Syarikat-Thailand, memerangi Covid-19 dan memperkukuh usaha pemulihan pandemik global selain menyokong hak asasi manusia.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpian mengakui mengenai ancaman krisis iklim dan mengulangi usaha global untuk memperkukuh serta mempromosi pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Memandangkan Thailand bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2022, kedua-dua negara turut membincangkan kaedah untuk menyelaraskan perdagangan dan pelaburan selain pertumbuhan yang berterusan serta inklusif.

Blinken dan Don turut menyuarakan kebimbangan mengenai krisis di Myanmar.

Kedua-dua pemimpin akan terus bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN dan mendesak tentera Myanmar untuk segera menghentikan keganasan serta membebaskan mereka yang ditahan tanpa keadilan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!